Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trafik sesak pulang ke Jakarta seiring musim mudik berakhir

Apr 15, 2024 | 12:13 PM
Orang ramai yang pulang dari kampung halaman tiba di stesen kereta api Pasar Senen di Jakarta, Indonesia, pada 13 April 2024. Indonesia menyaksikan jutaan orang mula pulang dari kampung halaman ke kota selepas sambutan Aidilfitri.
Orang ramai yang pulang dari kampung halaman tiba di stesen kereta api Pasar Senen di Jakarta, Indonesia, pada 13 April 2024. Indonesia menyaksikan jutaan orang mula pulang dari kampung halaman ke kota selepas sambutan Aidilfitri. - Foto EPA-EFE

JAKARTA: Para penduduk Jabodetabek (meliputi Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang, dan Bekasi)  mula pulang ke kota selepas menyambut Aidilfitri di kampung halaman masing-masing selepas bercuti selama seminggu bersama keluarga dan sanak saudara.

Menurut data Kementerian Pengangkutan, kira-kira 303,000 kenderaan membawa sejumlah 1.5 juta orang dan 275,000 kereta membawa sejumlah 1.3 juta orang masing-masing memasuki kawasan Jabodetabek melalui jalan tol pada Sabtu, 13 April dan Jumaat, 12 April.

Data Kementerian Pengangkutan menunjukkan 1.1 juta lagi mula membuat perjalanan pulang pada 13 April menggunakan pengangkutan awam, sama ada melalui udara, laut atau darat, meningkat daripada 900,000 orang pada 12 April.

Rakaman dron juga menunjukkan ribuan kenderaan beratur untuk memasuki feri, manakala banyak lagi berada di atas jalan menuju ke pelabuhan dari Sumatera, untuk ke Pulau Jawa terutama ke Jakarta – ibu kota yang padat dengan 11 juta penduduk itu.

Aliran trafik mula sesak berikutan orang ramai mula pulang ke kediaman masing-masing pada Ahad, 14 April dan Isnin, 15 April dengan pihak berkuasa telah mula mengawal trafik di tol-tol utama di pulau Jawa untuk mengurangkan kesesakan.

Jutaan rakyat mula pulang ke kota dari kampung halaman dan pergerakan yang dikenali mudik itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di pulau utama Jawa.

Menurut tinjauan kementerian itu, kira-kira 193 juta orang telah melakukan perjalanan ketika perayaan tahun ini, meningkat 56 peratus berbanding Aidilfitri pada 2023.

Bagi membantu mengurangkan kesesakan, pemerintah mengumumkan pada 14 April bahawa penjawat awam dibenarkan bekerja dari rumah pada Selasa, 16 April dan dan Rabu, 17 April.

“Kami melakukan penyelarasan kerja penjawat awam sebagai sebahagian daripada pengurusan trafik supaya lebih lancar dan mengurangkan kesesakan lalu lintas yang melampau,’‘ ujar Menteri Pentadbiran dan Birokrasi, Encik Abdullah Azwar Anas. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg