Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tragedi Deepavali: Lelaki Malaysia mati setelah tertimpa mercun yang dinyalakan

Oct 29, 2019 | 3:02 PM
Gambar yang diambil pada 14 Oktober menunjukkan seorang pekerja membungkus mercun di Sivakasi. - Foto AFP
Gambar yang diambil pada 14 Oktober menunjukkan seorang pekerja membungkus mercun di Sivakasi. - Foto AFP -

KULAI -Seorang lelaki berusia 25 tahun terkorban setelah menyalakan mercun di luar rumahnya semalam (28 oktober) di Taman Mutiara.

Dipercayai bahawa Encik P. Puwnaswaran dengan secara tiba-tiba tersungkur dan jatuh di mercun yang telah dinyalakannya, yang kemudian meletup secara kuat.

"Beliau cedera teruk di badan dan muka. Beliau dihantar segera ke Hospital Kulai untuk rawatan," kata seorang rakan.

Menurutnya, Encik Puwnaswaran kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Baru.

Namun, beberapa jam kemudian, beliau meninggal dunia.

Polis sedang melakukan siasatan. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg