Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tragedi feri Danau Toba: Usaha cari mangsa dipergiat

Jun 20, 2018 | 05:30 AM



SIMALUNGUN (Indonesia): Ratusan anggota penyelamat melawan hujan lebat dan ombak setinggi dua meter semalam untuk mencari mangsa yang terselamat setelah sebuah feri terbalik dan tenggelam di Danau Toba, Sumatera Utara.



Feri tersebut dipercayai membawa sekitar 80 penumpang di dalamnya, kata agensi bencana nasional.



Feri itu terbalik petang kelmarin di destinasi pelancong popular itu.



Sekurang-kurangnya seorang korban telah dijumpai dan 18 yang lain diselamatkan, kata pihak berkuasa.



Tetapi pegawai tempatan mengatakan berpuluh-puluh orang mungkin masih belum dikesan hampir sehari selepas feri tersebut tenggelam.



"Ada 65 orang yang mengatakan bahawa saudara-mara mereka hilang. Jadi sekarang kami sedang mencari mereka," kata Encik Riadil Lubis, ketua agensi bencana di Sumatera Utara.



Pihak berkuasa berkata mereka percaya feri itu beroperasi secara tidak sah tanpa senarai dan tiket penumpang. Tidak jelas apakah warga asing berada di atas feri itu.



Rakaman televisyen kelmarin menunjukkan sekumpulan penumpang terapung-apung di air sedang bot menyelamat menghampiri mereka.



Saudara mara yang dalam kesedihan menunggu berita, termasuk seorang yang terselamat tetapi terlepas pegangan tangan anaknya semasa kekecohan kejadian itu.



"Ia berlaku begitu cepat," kata Cik Juwita kepada TVOne.



"Saya mahu menarik anak lelaki saya tetapi tidak dapat. Ada tiga orang menghempapnya."



Operasi mencari telah digantung pada petang Isnin kerana cuaca buruk dan paras penglihatan rendah, namun diteruskan pada pagi semalam dengan sekitar 350 orang terlibat.



"Pasukan bersama kami mula berusaha pada 7 pagi," kata Encik Budiawan, ketua agensi pencarian dan penyelamat di Medan, sambil menambah bahawa pasukan itu akan berusaha selagi cuaca mengizinkan.



"Mungkin mengambil masa untuk mencari mangsa yang tenggelam," katanya, sambil menambah bahawa beberapa orang mungkin terperangkap di dalam feri itu.



Feri tersebut mempunyai kapasiti 60 penumpang tetapi mungkin membawa 80 orang dan berpuluh-puluh motosikal, kata Cik Sri Hardianto, seorang pegawai di Kementerian Pengangkutan Indonesia.



Agensi Penanggulangan Bencana Kebangsaan berkata ada laporan yang belum disahkan bahawa sehingga 130 orang berada di atas kapal itu, yang dilanda gelombang tinggi dan angin kencang.



Rakaman video yang disediakan oleh agensi itu menunjukkan beberapa orang di sebuah feri lain membaling jaket keselamatan kepada beberapa orang yang terapung-apung di dalam air.



Kemalangan kelautan agak biasa di Indonesia, sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada 17,000 pulau dan di mana ramai orang bergantung pada feri dan bot lain, terutama semasa Hari Raya Aidilfitri apabila berjuta-juta orang mudik melalui perjalanan darat, laut dan udara untuk menuju kampung halaman masing-masing.



Minggu lalu, sebuah bot kayu tradisional dengan kira-kira 40 orang terbalik di pulau Sulawesi, membunuh lebih sedozen orang.



Pada 2015, sebuah feri tenggelam berhampiran pulau Sulawesi, menyebabkan 78 orang terkorban. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >