Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tragedi Halloween: PM Korea S mahu polis beri penjelasan

Nov 02, 2022 | 05:54 PM



SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan, Encik Han Duck-Soo, semalam berkata polis mesti menjelaskan bagaimana mereka bertindak balas selepas menerima beberapa panggilan kecemasan dalam beberapa jam sebelum pesta Halloween bertukar menjadi kejadian rempuhan manusia membunuh lebih 150 orang di Seoul.



Bencana pada malam Sabtu membunuh 156 dan mencederakan 172, menyebabkan 33 dalam keadaan serius. Sekurang-kurangnya 26 rakyat dari 14 negara adalah antara yang terkorban.



“Polis mesti menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan memberikan penjelasan yang jelas dan telus kepada orang ramai,” kata Encik Han pada permulaan mesyuarat pasukan petugas mengenai bencana itu di televisyen.



Berpuluh-puluh ribu warga muda yang bersuka ria telah membanjiri jalan-jalan dan lorong-lorong sempit di daerah Itaewon yang popular sempena perayaan Halloween pertama dalam tempoh tiga tahun setelah disekat dek Covid-19.



Transkrip panggilan kecemasan yang dikeluarkan oleh polis kelmarin menunjukkan amaran pertama diterima kira-kira empat jam sebelum bencana, dengan pemanggil meminta polis dikerah ke lorong di mana pengunjung parti berkenaan sudah sesak dari dinding ke dinding.



Polis menerima 10 panggilan lain yang serupa, dengan pemanggil merayu disebabkan keadaan yang semakin terdesak. Panggilan terakhir dibuat hanya beberapa minit sebelum orang ramai di lorong sempit dan landai itu mula jatuh menimpa satu sama lain.



Transkrip itu kelihatan mengesahkan akaun saksi, yang memberitahu Reuters bahawa mereka melihat beberapa polis mengarahkan orang ramai di jalan utama tetapi sedikit atau tiada pegawai di lorong pejalan kaki dan tepi jalan yang sesak.



Kira-kira 100,000 orang dianggarkan berada di Itaewon pada Sabtu lalu, kawasan yang terkenal dengan bukit dan lorong sempit. Terdapat 137 pegawai polis di sana pada masa itu, kata pihak berkuasa. - Agensi berita

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >