Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tragedi tanah runtuh di Batang Kali: Penyelamat guna radar untuk kesan mangsa, polis soal siasat operator tapak kem

Dec 18, 2022 | 05:19 PM



PIHAK berkuasa Malaysia sudah ketandusan usaha mencari sembilan mangsa yang masih hilang selepas tanah runtuh Batang Kali pada Jumaat (16 Disember) yang mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang di tapak perkhemahan berhampiran pusat peranginan Genting Highlands.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, radar penembus darat (GPR) yang boleh mengesan objek tertimbus telah dikerahkan pada Ahad untuk membantu operasi mencari.



“Kami menggunakan apa sahaja sumber yang kami ada untuk membantu mengesan mangsa yang masih di situ.



"Disebabkan permukaan yang tidak rata di tempat kejadian, sukar untuk menggerakkan GPR, tetapi kami memerlukannya kerana ia menggunakan denyutan radar untuk imej bawah permukaan.



"Ia membolehkan kami untuk mengukur dimensi, kedalaman dan ketebalan sasaran, dan data disediakan dengan cepat dan kami boleh meliputi tapak yang besar,” kata Datuk Norazam kepada akhbar The Straits Times.



"Ia lebih mudah dan berkesan dalam mengesan apa yang ada di bawah tanah," ujarnya lagi.



Kerana permukaan tanah yang tidak rata, pasukan penyelamat menggunakan papan kayu untuk memudahkan mobilisasi peralatan, tambahnya.



Lapan jengkaut telah digunakan untuk menggali lebih daripada satu meter serpihan di beberapa tempat.



Datuk Norazam menambah bahawa sembilan anjing pengesan dari jabatan bomba dan penyelamat, serta polis dan tentera terlibat dalam pencarian dan lebih ramai lagi akan dibawa masuk jika diperlukan.



Lebih 700 kakitangan merentasi pelbagai agensi kerajaan telah dikerahkan selepas 450,000 meter padu bumi jatuh dari ketinggian 30 meter ke kawasan tapak perkhemahan kira-kira 0.4 hektar pada awal pagi Jumaat.



Polis telah mengambil keterangan daripada pengendali tapak perkhemahan dan dua kakitangannya.



Di situ, 94 orang, termasuk keluarga dengan anak kecil dan guru dari sebuah sekolah rendah, tinggal ketika tanah runtuh itu berlaku.



Seramai 61 orang berjaya diselamatkan.



Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Suffian Abdullah berkata ketiga-tiga mereka dari Ladang Father's Organic Farm telah disoal siasat pada petang Sabtu.



"Kami tidak menolak kemungkinan memanggil individu lain untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita di lokasi tragedi pada Ahad, di mana pencarian disambung semula pada waktu pagi selepas berehat seketika.



Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata sebelum ini bahawa ladang itu hanya dilesenkan untuk bertani dan bukannya berkhemah.



Tetapi terdapat kekeliruan mengenai kesahihan mendirikan tapak perkhemahan di tanah persendirian, dengan kerajaan negeri Selangor berkata tiada garis panduan khusus untuk mengawal selia aktiviti tersebut.



“Perkhemahan menjadi kegiatan popular semasa pandemik Covid-19. Ia adalah satu aktiviti baharu dan juga berkembang pesat.,” kata Encik Hee Loy Sian, yang bertanggungjawab dalam urusan pelancongan dan alam sekitar dalam kerajaan negeri.



Beliau menambah, kerajaan negeri akan bertemu Kementerian Pelancongan untuk merangka peraturan yang akan dikuatkuasakan oleh majlis daerah.



Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim juga sedang menunggu laporan terperinci yang boleh dibentangkan kepada Kabinet untuk tindakan selanjutnya.



“Masih terlalu awal untuk sebarang spekulasi. Kajian sedang dijalankan. Kami akan mendapatkan laporan itu tidak lama lagi dan butirannya akan dikongsi kemudian,” kata Menteri Nik Nazmi Ahmad pada petang Sabtu. - THE STRAITS TIMES



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >