Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tragedi tembakan masjid NZ: Lelaki Australia mengaku bersalah

Mar 26, 2020 | 9:05 AM
Tragedi pembunuhan di masjid di New Zeland menyentak seluruh dunia.
Tragedi pembunuhan di masjid di New Zeland menyentak seluruh dunia. - AAP

WELLINGTON: Lelaki warga Australia yang didakwa melakukan serangan tembakan di dua masjid New Zealand sehingga mengakibatkan 51 umat Islam terbunuh tahun lalu, mengaku bersalah atas semua tuduhan hari ini (26 Mac).

Brenton Tarrant, 29, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas 51 tuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh dan satu tuduhan membabitkan tindakan pengganasan.

Tertuduh bagaimanapun menukar pengakuannya di mahkamah yang diaturkan secara tergesa-gesa.

"Ya, bersalah," kata Tarrant kepada Mahkamah Tinggi Christchurch menerusi pautan video dari Penjara Auckland sejurus tuduhan dibacakan terhadapnya, sambil memandang tepat ke arah kamera ketika membuat pengakuan berkenaan.

Serangan oleh Tarrant sebagai pelampau kulit putih pada Mac tahun lalu itu menyasarkan jemaah solat Jumaat di masjid terbabit, dan merupakan tragedi tembakan beramai-ramai yang paling buruk dalam sejarah moden New Zealand. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg