Tragedi Trigana Air: Kesemua 54 mangsa terkorban ditemui

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tragedi Trigana Air: Kesemua 54 mangsa terkorban ditemui

Aug 18, 2015 | 2:33 PM

Tragedi Trigana Air: Kesemua 54 mangsa terkorban ditemui

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
688e6ee7-c5cb-4b1f-adf4-a4571aabab71
-

JAKARTA - Kesemua 54 orang yang berada dalam pesawat Trigana Air ditemui terkorban selepas pesawat tersebut terhempas di wilayah Papua, Indonesia, dua hari lalu.

Dalam sidang akhbar hari ini, Selasa, Mejar-Jeneral Heronimus Guru, pengarah operasi di Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional berkata, mayat-mayat telah ditemui dan sedang dimasukkan dalam beg-beg mayat.

Para pegawai enggan mengulas punca kejadian Ahad lalu itu sehingga hasil siasatan jawatankuasa keselamatan pengangkutan nasional dikeluarkan, tetapi Guru berkata rupa bumi wilayah paling timur Indonesia itu mungkin faktornya.

"Kemungkinan pesawat melanggar puncak gunung dan kemudian terhempas dalam gaung kerana tempat kejadian yang ditemui adalah dalam," katanya. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg