Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump akan tandatangani arahan eksekutif bagi bina tembok di sempadan Mexico

Jan 25, 2017 | 11:35 AM



Presiden Donald Trump akan mengarahkan pembinaan tembok sempadan Mexico pada Rabu (Jan 25), kata pegawai Rumah Putih.



Beliau juga menimbangkan rancangan menghentikan pelarian Syria daripada memasuki Amerika dan mengurangkan imigresen pelarian dari negara 'terdedah pada pengganasan', mungkin seawal minggu ini.



Semasa berkunjung ke Jabatan Keselamatan Dalam Negeri pada Rabu, Encik Trump merancang menandatangani arahan eksekutif untuk mengarahkan dana persekutuan berpindah ke arah pembinaan tembok di selatan sempadan yang menjadi ikrar semasa kempen pencalonan beliau.



Encik Trump berkata pembinaan tembok itu penting bagi mengawal aliran pendatang tanpa izin ke Amerika Syarikat.



Beliau juga dijangka menyasarkan pendatang undang-undang seawal minggu ini, kata pegawai, dengan menghentikan program selama puluhan tahun yang memberikan perlindungan kepada orang-orang yang paling lemah di dunia kerana beliau memulakan proses mendadak menguranginya.



Beliau sedang mempertimbangkan dasar yang akan membekukan buat sementara kemasukan pelarian dari Syria dan lain-lain negara majoriti Islam yang lain yang dianggap 'terdedah pada pengganasan' dan akan mengurangkan separuh jumlah orang pelarian yang boleh ditempatkan semula di Amerika.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >