Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Trump akhirnya izin proses peralihan presiden

Bakal presiden Biden dapat akses kepada taklimat dan dana pemerintah
Nov 25, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Selepas berminggu menentang keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat, Presiden Donald Trump kelmarin akhirnya mengizinkan pegawai pemerintah memulakan tugas berkaitan peralihan kepada bakal presiden Joe Biden.



Ini termasuk memberi pesaing Demokratnya itu akses kepada taklimat dan dana pemerintah, walaupun Encik Trump terus menolak kekalahannya dan berjanji akan terus berusaha menentang keputusan pilihan raya itu.



Encik Trump berkata beliau tidak lagi menentang bantuan pemerintah kepada pasukan peralihan Encik Biden, dalam satu kenyataan yang paling hampir mengakui kekalahannya.



Encik Trump menulis di Twitter bahawa Pentadbiran Perkhidmatan Awam (GSA) harus "melakukan apa yang perlu dilakukan", setelah ketua agensi itu, Cik Emily Murphy, mengatakan beliau akan mengagihkan bantuan yang telah lama ditangguhkan.



GSA, agensi persekutuan bebas bertanggungjawab dalam peralihan presiden, memberitahu Encik Biden beliau boleh memulakan proses peralihan kuasa secara rasmi.



Cik Murphy mengatakan dalam suratnya bahawa Encik Biden kini mempunyai akses kepada sumber yang sebelum ini tidak diberikan kepadanya ekoran cabaran undang-undang yang mahu membatalkan kemenangan beliau.



"Ini mungkin kenyataan yang paling hampir menerima kekalahan yang dapat dikeluarkan Presiden Trump," kata pemimpin Senat Demokrat, Encik Chuck Schumer.



Pengumuman Encik Trump dibuat tidak lama selepas pegawai negeri Michigan mengesahkan Encik Biden sebagai pemenang di negeri itu, menjadikan tindakan undang-undang Encik Trump untuk mengubah keputusan pilihan raya semakin sukar berjaya.



Encik Trump dan penasihatnya mengatakan beliau akan meneruskan tindakan undang-undang itu, tetapi kenyataan di Twitternya dilihat sebagai petanda Rumah Putih memahami bahawa sudah hampir tiba waktunya meneruskan peralihan kuasa itu.



Seorang penasihat Encik Trump berkata tindakan terbaru itu menyerupai kedua-dua calon diberi taklimat semasa kempen, dan mengatakan tweet presiden itu bukanlah satu pengakuan kalah.



Encik Trump menghabiskan tempoh tiga minggu selepas pilihan raya pada 3 November mendakwa tanpa bukti bahawa kemenangan meyakinkan Encik Biden adalah hasil penipuan.



Cik Murphy, yang menafikan bertindak di bawah tekanan politik, sebelum ini enggan memberikan pakej bantuan standard yang dikendalikan agensinya kepada pasukan peralihan Encik Biden.



Satu kenyataan oleh pasukan peralihan Encik Biden mengatakan pertemuan akan dimulakan dengan pegawai persekutuan mengenai respons Washington terhadap pandemik koronavirus, bersama perbincangan mengenai isu keselamatan negara.



Dua pegawai pentadbiran Trump memberitahu Reuters pasukan semakan agensi Encik Biden dapat mula berinteraksi dengan pegawai agensi Encik Trump seawal semalam.



Langkah GSA itu bermakna pasukan Encik Biden kini mempunyai dana persekutuan dan pejabat rasmi untuk melakukan tugas peralihannya dalam dua bulan mendatang.



Ia membuka jalan kepada Encik Biden dan bakal naib presiden Kamala Harris menerima taklimat keselamatan nasional secara berkala, seperti yang diterima Encik Trump.



Keputusan itu juga memberikan pembiayaan berjuta dolar bagi menyokong proses peralihan, dan secara rasmi membolehkan Encik Biden berinteraksi dengan pegawai pemerintah sekarang. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >