Trump ancam guna kuasa darurat bagi bina tembok sempadan
Premium
Trump ancam guna kuasa darurat bagi bina tembok sempadan
Jan 12, 2019 | 5:30 AM
TINJAU KEADAAN: Presiden Donald Trump (dua dari kiri) memberi taklimat kepada peronda sempadan di McAllen, Texas, kelmarin. Beliau mengadakan lawatan ke sempadan Amerika-Mexico dalam kempennya membina tembok di antara kedua negara. - Foto AFP -
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, kelmarin mengancam akan menggunakan kuasa darurat untuk melangkau Kongres dan mendapatkan berbilion dolar bagi menampung pembinaan tembok di sempadan Amerika-Mexico, sedang penutupan sebahagian pemerintah memasuki hari ke-20.
Beliau terbang ke sempadan Texas dengan Mexico awal semalam untuk cuba memperkukuh hujahnya bagi mendapatkan tembok itu, diapit oleh anggota keluarga yang yang dibunuh oleh pendatang haram dan ejen rondaan sempadan yang tidak mendapat gaji dek penutupan pemerintah.

