Trump ancam naikkan tarif ke atas barangan China
May 07, 2019 | 05:30 AM
WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengancam kelmarin akan menaikkan tarif ke atas barangan China bernilai berbilion dolar dan mengenakan cukai baru ke atas import berjumlah berbilion-bilion lagi, dalam langkah yang dilihat bertujuan mengenakan tekanan terhadap Beijing agar mencapai persetujuan perdagangan.
Tetapi langkah itu sebaliknya mungkin menjejas perbincangan perdagangan yang dijadualkan minggu ini.