Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump ancam tutup pemerintahan selama beberapa tahun

Jan 5, 2019 | 3:49 PM
ANCAM TUTUP PEMERINTAHAN: Encik Donald Trump mengancam mengambil langkah tertentu untuk membina tembok di sempadan Mexico, yang menurutnya diperlukan bagi membendung kemasukan pendatang haram dan dadah ke Amerika Syarikat.
ANCAM TUTUP PEMERINTAHAN: Encik Donald Trump mengancam mengambil langkah tertentu untuk membina tembok di sempadan Mexico, yang menurutnya diperlukan bagi membendung kemasukan pendatang haram dan dadah ke Amerika Syarikat. - Foto EPA-EFE

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam terus menutup sebahagian pemerintahan Amerika selama beberapa bulan atau tahun semalam (4 Januari).

Ini menyusuli kegagalan beliau dan pemimpin Demokrat menyelesaikan pertikaian mereka berhubung permintaannya bagi dana sebanyak AS$5.6 bilion (S$7.6 bilion) untuk membina tembok di sempadan Mexico.

Selepas pemimpin kongres Demokrat menolak permintaan Encik Trump semasa satu mesyuarat di Bilik Situasi Rumah Putih, Presiden Amerika itu mengancam mengambil langkah kontroversi mengisytiharkan darurat dan membina tembok tersebut tanpa kelulusan kongres.

Encik Trump juga enggan memberi sokongan bagi satu rang undang-undang yang akan membiayai sepenuhnya pemerintah sehingga beliau berjaya mendapatkan dana bagi membina tembok itu.

Akibatnya, sekitar 800,000 pekerja awam tidak dibayar gaji, dengan sekitar suku daripada pemerintah persekutuan ditutup selama dua minggu.

Mengkritik kenyataan Encik Trump, Senator Jack Reed berkata:

"Langkah mengisytiharkan darurat untuk mengelak daripada mendapatkan kelulusan kongres adalah salah."

Projek tembok di sempadan Mexico itu dianggarkan menelan belanja sekitar AS$23 bilion.

Demokrat telah menyifatkan tembok itu sebagi tidak bermoral, tidak berkesan dan kuno. - REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg