Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Trump arah larangan beberapa aplikasi China termasuk Alipay

Jan 07, 2021 | 05:30 AM



SAN FRANCISCO: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, semalam mengarahkan larangan Alipay, WeChat Pay dan aplikasi lain dikaitkan dengan syarikat China, atas dakwaan ia mencuri maklumat pengguna untuk dihantar ke sana.



Perintah eksekutif itu akan berkuat kuasa dalam tempoh 45 hari, hanya beberapa minggu selepas tempat Encik Trump diganti Encik Joe Biden di Rumah Putih.



Seorang pegawai kanan pentadbiran berkata arahan itu dan pelaksanaannya belum dibincangkan dengan pentadbiran Encik Biden.



Tindakan Encik Trump itu dibuat selepas perintah eksekutif sebelum ini, yang bertujuan melarang aplikasi TikTok dimiliki ByteDance berpangkalan di China, terhapus oleh keputusan mahkamah menunjukkan Encik Trump melampaui kewibawaan undang-undang.



Menurut pentadbiran Encik Trump, aplikasi disasarkan oleh larangan baru itu dipilih kerana jumlah muat turun yang sangat tinggi mencecah puluhan juta, menyebabkan pengguna mungkin mengalami risiko kecurian data mereka.



"Kami berusaha meyakinkan dunia dan mengambil langkah untuk menghentikan pencerobohan strategi data besar China merangkumi gambar, pesanan teks dan panggilan telefon.



"Kita perlu elakkan daripada terjerumus dalam perangkap penindasan global secara besar-besaran ini," katanya.



Encik Trump juga meminta Setiausaha Perdagangan untuk mengkaji dan menilai lain-lain aplikasi yang perlu dimasukkan dalam larangan itu.



Ia secara khusus menamakan Alipay, CamScanner, QQ Wallet, SHAREit, Tencent QQ, VMate, WeChat Pay dan WPS Office.



Encik Trump, pada 6 Ogos tahun lalu mengarahkan penyekatan dua aplikasi sosial media milik syarikat China, TikTok dan WeChat, supaya tidak lagi boleh diakses di negara itu.



Melalui perintah eksekutif Encik Trump, arahan yang akan berkuat kuasa dalam tempoh 45 hari itu menyaksikan Amerika melarang sesiapa saja di bawah bidang kuasanya berurusan dengan pemilik Tiktok atau WeChat.



Perintah itu secara langsung meningkatkan tekanan terhadap ByteDance, syarikat pemilik aplikasi TikTok, untuk memuktamadkan rundingan menjualnya kepada Microsoft selain menyaksikan ketegangan antara pentadbiran Encik Trump dengan China makin serius.



Bagaimanapun pada 29 September tahun lalu, dua hakim persekutuan Amerika memutuskan pentadbiran Presiden Trump gagal membuktikan aplikasi milik China yang digunakan jutaan rakyat Amerika menimbulkan cukup ancaman keselamatan negara bagi membenarkan larangannya oleh negara itu.



Hakim Daerah Washington, Encik Carl Nichols, dalam pengadilannya berkata, beliau menyekat larangan muat turun baru TikTok oleh ByteDance Ltd kerana pemerintah kemungkinan besar sudah melampaui kuasanya di bawah undang-undang kuasa darurat, yang dipohon bagi membenarkan larangan itu.



Pada 19 September lalu, Hakim Majistret San Francisco, Laurel Beeler, menghalang larangan serupa terhadap WeChat Tencent Holding Ltd.



Keputusan mahkamah itu menunjukkan, walaupun hakim mungkin bersetuju dengan anggapan bahawa China menimbulkan ancaman, kerajaan belum menunjukkan bahawa aplikasi itu sendiri adalah masalah.



Pada 4 Januari lalu, lebih 170 eksekutif perniagaan utama Amerika telah menandatangani surat bersama meminta ahli Kongres mengiktiraf Encik Biden sebagai Presiden yang sah.



Kumpulan tokoh perniagaan yang merangkumi bidang kewangan, sukan, teknologi dan media itu menegaskan pengiktirafan Kongres terhadap Biden itu sebagai 'masa untuk melangkah ke depan'. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >