Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump arah tentera Amerika serang bot pembedil Iran "jika ia ganggu kapal kita di laut"

Apr 23, 2020 | 1:52 PM
AMARAN TRUMP: Dalam satu catatan Twitter kelmarin, Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengarah tentera laut Amerika untuk menyerang dan memusnahkan mana-mana kapal Iran yang mengganggu kapal tentera Amerika selepas 11 bot laju Iran didapati mengelilingi kapal Angkatan Laut dan Pengawal Pantai Amerika di Teluk Parsi baru-baru ini.
AMARAN TRUMP: Dalam satu catatan Twitter kelmarin, Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengarah tentera laut Amerika untuk menyerang dan memusnahkan mana-mana kapal Iran yang mengganggu kapal tentera Amerika selepas 11 bot laju Iran didapati mengelilingi kapal Angkatan Laut dan Pengawal Pantai Amerika di Teluk Parsi baru-baru ini. - - Foto REUTERS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, kelmarin berkata beliau telah mengarahkan tentera Amerika untuk menyerang dan memusnahkan mana-mana kapal Iran yang mengganggu kapal tentera laut Amerika.

"Saya telah mengarahkan Angkatan Laut Amerika Syarikat untuk menembak dan memusnahkan sebarang dan semua bot pembedil Iran jika ia ganggu kapal kami di laut," kata Encik Trump dalam satu catatan di Twitter beberapa jam selepas Tehran melancarkan satelit.

Arahan itu diberi seminggu selepas 11 bot laju bersenjata kecil Kor Pengawal Revolusi Iran mengelilingi kapal Angkatan Tentera dan Pengawal Pantai Amerika di perairan antarabangsa di kawasan utara Teluk Parsi.

Kejadian itu berlaku sedang kapal Amerika terlibat dalam latihan sebagai sebahagian daripada rondaan mereka di rantau itu.

Tiada tembakan dilepaskan, namun Pentagon berkata Iran telah terlibat dalam "tindakan yang berbahaya dan bersikap provokatif" yang menimbulkan risiko perlanggaran atau kejadian lebih teruk berlaku. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg