Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump batal sidang puncak dengan Korea Utara di Singapura, dakwa presiden negara itu bersikap 'bermusuh secara terbuka'

May 25, 2018 | 04:18 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah membatalkan sidang puncak yang dirancang pada 12 Jun dengan Presiden Korea Utara Kim Jong Un.



Dalam surat yang ditujukan kepada Encik  Kim dan dikongsi dengan media, Encik Trump berkata:



"Dengan dukacitanya, berdasarkan perasaan sungguh marah dan sikap permusuhan terbuka yang ditunjukkan anda dalam kenyataan terkini, saya berasa adalah kurang sesuai, pada masa ini untuk mengadakan pertemuan yang dirancang sekian lama ini.



"Biarkan surat ini menjadi wakil yang menyampaikan khabar bahawa sidang puncak di Singapura, bagi kebaikan kededua pihak, tetapi mendatangkan keburukan bagi dunia, tidak akan diadakan," kata Encik Trump dalam surat itu.



"Peluang yang terlepas ini adalah saat yang mendukacitakan dalam sejarah," tambah Encik Trump. Namun beliau menambah:



"Saya masih berharap dapat bertemu ada pada satu hari nanti. Jika anda berubah fikiran berkenaan sidang puncak yang amat penting ini, sila jangan berlengah untuk menghubungi atau menulis kepada saya," kata Encik Trump.



Pemerhati politik berkata kenyataan di atas ini menunjukkan bahawa sidang puncak ini tidak semestinya dibatalkan begitu sahaja. 



Memberi kenyataannya kepada Kongres sejurus selepas surat itu diterbitkan, Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo berkata:



"Saya berharap kami boleh meneruskan perbincangan dan kembali membuat rancangan untuk mengadakan sidang puncak ini."



Dalam kenyataannya, Menteri Ehwal Luar Singapura berkata pembatalan sidang puncak itu adalah sesuatu perkara 'yang disesali' dan menambah bahawa 'ia berharap dialog dan usaha untuk mewujudkan keamanan yang berkekalan di Semenanjung Korea akan diteruskan'



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >