Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump belum 'selamat' walau Senat bebaskan tuduhan hasut rusuhan

Feb 18, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Masalah undang-undang yang dihadapi mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, belum berakhir meskipun Senat telah membebaskan beliau minggu lalu daripada kesalahan mengakibatkan rusuhan di Bangunan Capitol pada 6 Januari.



Ketua Minoriti Senat Amerika, Encik Mitch McConnell, akur tentang hal ini selepas mengundi membebaskan bekas presiden itu dengan menyatakan mahkamah adalah forum sebenar untuk mengaitkan mantan presiden itu dengan peranannya dalam tragedi berdarah yang dilakukan penyokong pemimpin Parti Republikan itu.



"Encik Trump masih boleh disabitkan, sebagai seorang warga biasa, bagi segala yang beliau lakukan semasa menjawat jawatan," kata Encik McConnell di dewan Senat.



"Beliau belum bebas daripada segalanya. Belum lagi," tambahnya.



Ini adalah contoh betapa pelepasan jawatan Encik Trump sebagai presiden mendedahkan beliau kepada kesalahan jenayah dan kesalahan awam.



"Bolehkah Encik Trump didakwa bagi tindakannya semasa menjadi presiden?



"Ya. Kini setelah Encik Trump melepaskan jawatan itu, sebarang tindakan salah laku yang dilakukannya semasa menjadi presiden boleh dikenakan tuduhan jenayah," kata Profesor Brian Kalt, seorang profesor undang-undang perlembagaan di Universiti Negeri Michigan.



Encik Trump menikmati perlindungan daripada pendakwaan semasa menjadi presiden kerana Jabatan Keadilan Amerika telah memuktamadkan bahawa menyabitkan seorang presiden adalah di luar perlembagaan.



Bagaimanapun, tidak ada larangan persekutuan untuk mendakwa bekas presiden bagi tindakan yang dilakukannya semasa menjadi presiden.



"Hujah mengenai kekebalan yang dinikmatinya menyentuh soal masa perbicaraan. Adalah sesuatu yang diterima secara umum bahawa bekas presiden boleh didakwa bagi kesalahan jenayah yang dilakukan semasa menyandang jawatan itu," kata Profesor Kalt.



Apakah tindakan rasmi Encik Trump membolehkannya menikmati perlindungan khas daripada pendakwaan?



Tidak. Dalam beberapa konteks, mahkamah Amerika telah memberi contoh jelas antara 'tindakan rasmi' presiden dan tindakan yang tiada kaitan dengan tugasnya sebagai presiden.



Sebagai contoh, dalam satu kes pada 1982, Mahkamah Agung Amerika memutuskan bahawa dalam tuntutan saman, presiden menikmati kekebalan daripada dipertanggungjawabkan bagi tindakan rasminya sebagai presiden.



Tetapi sekiranya Encik Trump melanggar undang-undang jenayah, dan melakukan tindakan itu dengan tidak dilindungi daripada sabitan jenayah, dia harus berdepan dengan tuduhan tersebut, kata Encik Randall Eliason, seorang profesor undang-undang di Universiti George Washington, dan mantan pendakwa raya persekutuan.



Sebagai satu hal praktikal, pendakwa raya akan berhati-hati untuk tidak menjadikan sesuatu tuduhan sebagai tuduhan jenayah bagi "ketidaksetujuan perihal dasar atau membuat keputusan mengikut budi bicara," katanya.



Pengganti Encik Trump, Presiden Joe Biden, sebelum ini berkata pertuduhan menghasut pemberontakan yang dihadapi bekas presiden itu tidak dipertikaikan walaupun Senat membebaskannya dalam keputusan perbicaraan pendakwaan kali kedua minggu lalu.



"Meskipun keputusan pengundian tidak mensabitkan beliau dengan kesalahan, pertuduhan itu tidak dipertikaikan," ujarnya. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >