Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump beri komitmen untuk mengembalikan ketenangan, hukum perusuh

Jun 2, 2020 | 9:00 AM
HADAPI KEMARAHAN RAKYAT: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, yang diiringi pengawal dan kakitangannya kelihatan melepasi sebuah bangunan yang diconteng para penunjuk perasaan di Lafayette Park yang terletak berhampiran Rumah Putih selepas sesi bergambar di Gereja St John semalam, ketika berlakunya tunjuk perasaan sebagai membantah tindakan polis yang menyebabkan kematian warga berkulit hitam, Encik George Floyd, di Minneapolis, semasa dalam tahanan polis.
HADAPI KEMARAHAN RAKYAT: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, yang diiringi pengawal dan kakitangannya kelihatan melepasi sebuah bangunan yang diconteng para penunjuk perasaan di Lafayette Park yang terletak berhampiran Rumah Putih selepas sesi bergambar di Gereja St John semalam, ketika berlakunya tunjuk perasaan sebagai membantah tindakan polis yang menyebabkan kematian warga berkulit hitam, Encik George Floyd, di Minneapolis, semasa dalam tahanan polis. - - Foto: REUTERS

WASHINGTON DC: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump semalam telah mengisytiharkan dirinya sebagai "presiden yang melaksana undang-undang dan peraturan" dan berjanji kepada rakyat untuk mengembalikan keamanan negara itu.

Encik Trump malah menyatakan akan menggunakan tentera bagi mengembalikan keamanan dan menghentikan keganasan yang berlaku di jalan-jalan di Amerika.

Semalam, para penunjuk perasaan yang mulanya berkumpul secara aman di luar gerbang Gedung Putih lari bertempiaran apabila polis melepaskan gas pemedih mata, peletup kilat dan menembak peluru getah.

Encik Trump mengejutkan ramai apabila beliau mengunjungi gereja berhampiran Rumah Putih untuk menyaksikan sendiri kemusnahan yang berlaku.

Kekacauan yang berlaku di lebih 30 bandar serata Amerika berpunca dari kematian seorang warga berkulit hitam, Encik George Floyld, 46 tahun, di tangan sepasukan anggota polis pada 25 Mei lalu di Minneapolis, Minnesota.

Kematian yang disebabkan oleh tindakan anggota polis menyekat pernafasan Encik Floyd dengan melulut di lehernya telah menimbulkan kemarahan rakyat.

Encik Trump menghadapi tekanan untuk mengembalikan ketegangan di negara yang menghadapi permasalahan mendalam dalam soal perkauman, ideologi dan politik.

"Sekiranya sebuah bandar atau negeri enggan mengambil tindakan yang diperlukan untuk mempertahankan nyawa dan harta benda penduduknya, maka saya akan mengerahkan tentera Amerika Syarikat agar dapat menyelesaikan masalah mereka dengan cepat," kata Encik Trump.

Di tengah-tengah bunyi putaran bilah helikopter yang berterusan yang mengawal dari udara dan bunyi tembakan berturut-turut dari Lafayette Park yang berdekatan, Encik Trump menyatakan dirinya sebagai "sekutu semua penunjuk perasaan yang aman." - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg