Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

'Trump bertanggungjawab sepenuhnya' terhadap kejadian rusuhan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

'Trump bertanggungjawab sepenuhnya' terhadap kejadian rusuhan

Feb 04, 2021 | 05:30 AM

WASHINGTON: Mantan presiden Donald Trump "bertanggungjawab sepenuhnya" atas rusuhan berdarah di Bangunan Capitol pada 6 Januari lalu dan membebaskan beliau akan merosakkan demokrasi Amerika, demikian menurut ahli-ahli dewan yang menerajui kes pendakwaan ke atasnya kelmarin - seminggu sebelum perbicaraan Senat bermula.

Encik Trump menjadi presiden Amerika Syarikat pertama dalam sejarah yang didakwa dua kali apabila Dewan Perwakilan mengemukakan tuduhan ke atasnya bulan lalu kerana mengapi-apikan rusuhan yang dilakukan penyokongnya apabila mereka menawan Kongres pada 6 Januari lalu.

Dalam satu ringkas praperbicaraan, pengurus sesi pendakwaan Dewan mengemukakan kes mereka kepada Senat untuk mensabitkan Encik Trump, dengan menyatakan rakyat Amerika harus dilindungi "dari seorang presiden yang mendorong keganasan untuk menjatuhkan demokrasi kita".

Pendakwaan ke atas Encik Trump bermula apabila beliau memberi ucapan yang disampaikan di depan hadirin di National Mall sebelum berlaku rusuhan, memberitahu mereka bahawa Encik Joe Biden telah merampas kemenangannya dalam pilihan raya presiden dan mereka perlu berarak ke Kongres dan menunjukkan "kekuatan mereka".

Akibatnya, penyokong Encik Trump telah merusuh ke Capitol, mencederakan seorang anggota polis hingga terkorban, merosakkan harta benda dan memaksa ahli-ahli dewan berlari menyelamatkan diri, selain menjejas majlis pengesahan kemenangan Encik Biden.

Kesemua sembilan pengurus kes pendakwaan, kesemuanya Demokrat, menghujahkan dalam 77 halaman dokumen mereka bagaimana "perusuh menggila".

Sementara itu, Presiden Joe Biden kelmarin menandatangani tiga lagi perintah eksekutif, bertujuan menyemak semula langkah yang dilaksanakan mantan Presiden Trump, kali ini tumpuan utama diberikan kepada isu imigresen.

Menurut laporan Agensi Anadolu, perintah eksekutif Biden itu mengandungi pelbagai pendekatan, termasuk mewujudkan pasukan petugas antara agensi untuk menyatukan kembali anak-anak yang dipisahkan secara paksa daripada ibu bapa mereka, semakan menyeluruh mengenai punca kemasukan imigran ke Amerika serta halangan mengenai tuntutan suaka.

Lebih 600 kanak-kanak terpaksa berpisah daripada ibu bapa mereka di bawah dasar 'toleransi sifar' Encik Trump, menurut beberapa laporan.

Encik Trump mengambil pendekatan keras terhadap imigran sepanjang empat tahun memegang jawatan.

Perintah eksekutif terbaru itu menjadikan setakat ini Encik Biden sudah mengeluarkan sembilan arahan berkaitan imigresen.

Encik Biden dilaporkan berkata, Encik Trump mengeluarkan perintah eksekutif yang sangat tidak produktif demi keamanan dan negara. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3