Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump, Clinton menang di Arizona, Cruz dan Sanders jaya di Utah

Mar 23, 2016 | 12:24 PM
Cik Hillary Clinton daripada Demokrat dan Encik Donald Trump daripada Republikan dijangka memenangi pencalonan presiden parti masing-masing 'di Arizona pada Selasa (22 Mac, waktu Amerika Syarikat).
Cik Hillary Clinton daripada Demokrat dan Encik Donald Trump daripada Republikan dijangka memenangi pencalonan presiden parti masing-masing 'di Arizona pada Selasa (22 Mac, waktu Amerika Syarikat). - REUTERS, BLOOMBERG

WASHINGTON: Encik Donald Trump dan Cik Hillary Clinton memenangi pemilihan awal dalam persaingan awal parti masing-masing, Republikan dan Demokrat, di Arizona pada Selasa (22 Mac).

Bagaimanapun di Utah, Encik Ted Cruz mengalahkan Encik Trump dan Encik Bernie Sanders mengalahkan Cik Clinton, menurut laporan media Amerika Syarikat.

Pertandingan di Arizona dan Utah dibayangi oleh serangan di Brussels, Belgium, yang menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang mati dan menambah kebimbangan keselamatan yang pengundi Amerika telah lahirkan kepada peninjau pendapat.

Fox dan NBC mengunjurkan Encik Trump dan Cik Clinton berjaya di Arizona, dengan semua 58 perwakilan Republikan memilih Encik Trump, dan majoriti daripada 75 perwakilan Demokratik berpihak pada Cik Clinton - AFP, Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg