Trump, Clinton perkukuh kedudukan dengan menang besar di New York

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump, Clinton perkukuh kedudukan dengan menang besar di New York

Apr 20, 2016 | 11:18 AM

Trump, Clinton perkukuh kedudukan dengan menang besar di New York

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Calon Republikan, Encik Donald Trump, dan calon Demokrat, Cik Hillary Clinton, terus mendahului persaingan untuk menjadi calon parti masing-masing bagi presiden Amerika dengan kemenangan besar di New York.
Calon Republikan, Encik Donald Trump, dan calon Demokrat, Cik Hillary Clinton, terus mendahului persaingan untuk menjadi calon parti masing-masing bagi presiden Amerika dengan kemenangan besar di New York. - REUTERS, AFP

NEW YORK: Jutawan Donald Trump dan mantan setiausaha negara Hillary Clinton memperkukuh kedudukan mereka sebagai pendahulu dalam parti masing-masing dengan kemenangan teguh dalam pemilihan di New York bagi calon pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

Kedua-duanya memasuki persaingan di New York selepas rentetan kekalahan dan mengharap kejayaan di negeri itu akan menghentikan momentum pesaing mereka.

Dan walaupun kedua-duanya dijangka menang, kemenangan besar mereka masih di luar jangkaan. Dengan kira-kira separuh undi telah dikira setakat ini, Encik Trump dan Cik Clinton berada di depan dengan masing-masing meraih kira-kira 60 peratus undi.

Kedua-duanya diisytihar pemenang pada Selasa (19 Apr).

Bercakap dalam majlis sambutan kemenangannya di lobi Menara Trump di Fifth Avenue, New York, Encik Trump berkata kemenangan itu harus menamatkan perlumbaan pencalonan Republikan, walaupun pesaing terdekatnya, Senator Ted Cruz dan Gabenor John Kasich, telah berikrar akan berjuang hingga ke konvensyen parti itu pada Julai.

Bagi parti Demokrat, persaingan ketat di New York yang diramal pesaing terdekat Cik Clinton, Senator Bernie Sanders, terbukti tersasar.

Minggu depan, pemilihan diadakan di Connecticut, Pennsylvania, Delaware, Rhode Island dan Maryland.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg