Premium
Trump dan Biden saling mencela dalam debat
Kededua pemimpin bertikam lidah dalam pelbagai topik sedang moderator Chris Wallace kelihatan hadapi cabaran kawal perbahasan
Oct 1, 2020 | 5:30 AM
DEBAT HANGAT: Encik Donald Trump (kiri) dan Encik Joe Biden berdebat mengenai pelbagai isu dalam perbahasan pertama mereka menjelang pilihan raya presiden Amerika November ini. - Foto AFP -
CLEVELAND (Amerika Syarikat): Presiden Donald Trump dan mantan naib presiden Encik Joe Biden saling mencela sesama mereka dan berulang kali mengganggu ucapan lawan dalam perbahasan pertama mereka, ketika berhujah dalam pelbagai topik dari penjagaan kesihatan hingga isu ekonomi.
Encik Biden beberapa kali melabel Encik Trump sebagai 'badut' dan 'bersikap perkauman'.

