Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump derma lebih $100,000 gaji tiga bulan pertama

Apr 4, 2017 | 9:54 AM
SUMBANGAN PRESIDEN: Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Encik Sean Spicer, menunjukkan cek dari Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berupa kumpulan wang gaji beliau selama tiga bulan berjumlah hampir $110,000 yang didermakan kepada Perkhidmatan Taman Kebangsaan Amerika. - Foto REUTERS
SUMBANGAN PRESIDEN: Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Encik Sean Spicer, menunjukkan cek dari Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berupa kumpulan wang gaji beliau selama tiga bulan berjumlah hampir $110,000 yang didermakan kepada Perkhidmatan Taman Kebangsaan Amerika. - Foto REUTERS -

WASHINGTON (Amerika Syarikat): Presiden Donald Trump, memutuskan untuk mendermakan gajinya untuk tiga bulan pertama menjawat jawatan itu kepada Perkhidmatan Taman Kebangsaan, menurut agensi Reuters.

Semasa satu sesi taklimat, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Encik Sean Spicer, telah menyerahkan replika cek bernilai AS$78,333.32 ($109,415) kepada Setiausaha Dalam Negara, Encik Ryan Zinke.

Encik Trump yang dikenali sebagai seorang tokoh perniagaan sebelum menyertai politik, sebelum ini telah berjanji untuk tidak menerima gaji AS$400,000 yang dinikmatinya untuk setahun, selama tempoh memegang jawatan presiden.

Namun demikian undang-undang mewajibkan untuk Encik Trump dibayar gaji, tetapi beliau bersetuju untuk mendermakan gajinya itu.

Menurut Encik Zinke, wang yang didermakan presiden itu akan digunakan untuk membiayai projek menaik taraf 25 taman negara di seluruh negara, yang keseluruhannya membabitkan kos AS$229 juta.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg