Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump desak pegawai Georgia 'cari cukup undi' untuk ubah keputusan pilihan raya

Washington Post siar rakaman perbualan
Jan 05, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump dilaporkan terjebak dalam satu perbualan telefon bersama Setiausaha Negeri Georgia, Encik Brad Raffensperger, yang mendesak negeri itu mengira semula undi pilihan raya presiden.



Akhbar Washington Post, yang memperoleh rakaman perbualan itu secara eksklusif, kelmarin melaporkan bahawa setiausaha penasihat undang-undang Georgia, Encik Ryan Germany, turut menyertai perbualan tersebut.



"Yang saya ingin lakukan hanyalah ini: Saya hanya ingin memperoleh 11,780 undi, iaitu satu lebih banyak daripada yang kita ada," kata Encik Trump, menurut audio panggilan itu.



"Tidak salah kalau mengatakan, anda tahu, bahawa anda telah menghitung semula."



Encik Trump juga berkata dalam perbualan itu: "Tidak mungkin saya kehilangan Georgia... Tidak mungkin. Kami menang dengan ratusan ribu undi."



Dalam perbualan itu, Encik Trump berkata jika Encik Raffensperger gagal mendapatkan jumlah undi tersebut, beliau dan Encik Germany bakal berdepan tindakan kerana memusnahkan kertas undi untuk menghalang siasatan.



"Itu kesalahan jenayah," kata Encik Trump. "Anda tidak boleh membiarkannya. Itu risiko besar bagi anda dan Encik Ryan, peguam anda."



Pengiraan undi pilihan raya di Georgia dilakukan sebanyak tiga kali, dengan setiap kali menunjukkan calon Parti Demokrat, Encik Joe Biden, menewaskan Encik Trump daripada Parti Republikan dengan kelebihan tipis.



Hasil muktamad menunjukkan Encik Biden memperoleh 11,779 undi lebih banyak daripada Encik Trump daripada hampir lima juta undi. Encik Biden telah diumumkan memenangi semua 16 undi elektoral di Georgia.



Pelantikan rasmi Encik Biden sebagai Presiden Amerika dijadualkan berlangsung pada 20 Januari.



Encik Trump enggan akur kalah walaupun 60 petisyen yang dikemukakan oleh kempennya terhadap keputusan pilihan raya itu sejak sebulan lalu telah ditolak.



Encik Raffensperger dan penasihat undang-undang pejabatnya menolak hujah Encik Trump sepanjang perbualan telefon itu, dan memberitahu presiden itu bahawa dia bergantung pada teori konspirasi yang disebarkan di media sosial mengenai pilihan raya adil dan tepat.



"Tuan Presiden, cabaran yang anda hadapi ialah data yang anda ada salah," kata Encik Raffensperger.



Rakaman perbualan antara Encik Trump dan Encik Raffensperger itu menyebabkan sejumlah peguam pilihan raya dan jenayah menyimpulkan bahawa dengan mengenakan tekanan ke atas Encik Raffensperger supaya "mencari" undi yang diperlukan untuk menterbalikkan keputusan pilihan raya di negeri itu, Encik Trump sama ada telah atau hampir melanggar undang-undang.



Sementara itu, Cik Nancy Pelosi sekali lagi dilantik sebagai Speaker Dewan Perwakilan Amerika, untuk penggal keempat, menerusi majoriti tipis.



Ahli Demokrat dan satu-satunya Speaker wanita itu berjaya menundukkan lawannya daripada Republikan, Encik Kevin McCarthy, dengan majoriti tujuh undi.



Menerusi majlis penyerahan kuasa Speaker secara simbolik, Encik McCarthy berkata tekad dan keutamaan Amerika sekarang ialah membendung penularan pandemik Covid-19, yang sejauh ini mengorbankan 350,000 orang dan menjangkiti 20 juta individu di seluruh dunia.



"Kita buka tirai Kongres pada waktu sangat mencabar, oleh itu keutamaan sekarang ialah mengalahkan Covid-19.



"Oleh itu, bersama-samalah kita bendung pandemik ini habis-habisan," katanya dalam ucaptama selepas menyerahkan tukul Speaker kepada Cik Pelosi.



Terdahulu, proses pengundian mengambil masa dua jam kerana ahli dewan terpaksa melaksana tanggungjawab secara bergilir, bagi mematuhi aspek penjarakan fizikal keselamatan Covid-19.



Sekiranya diteliti, Cik Pelosi hingga kini menjadi ketua seteru utama Presiden Trump dalam Kongres, malah pelbagai pertelagahan wujud antara dua pemimpin itu sejak dua tahun kebelakangan ini.



Lazimnya, Dewan Perwakilan mempunyai 435 kerusi, namun proses pengundian semalam hanya membabitkan 427 orang, berikutan beberapa ahli Kongres terpaksa menjalani perintah kuarantin.



Seorang ahli Kongres yang dilantik dari Louisiana, Encik Luke Letlow, dilaporkan meninggal dunia menyusuli implikasi Covid-19 minggu lalu, beberapa hari sebelum beliau dijadual mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Perwakilan.



Ia sekali gus menyaksikan Demokrat hanya mempunyai sokongan majoriti tipis di Dewan Perwakilan mutakhir ini, iaitu 222 berbanding 211 yang diwakili Republikan, dengan dua kekosongan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >