Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump didakwa 34 tuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan

Apr 05, 2023 | 11:28 AM



NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah di Manhattan pada Selasa (waktu tempatan) atas 34 tuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan.


Ia berkait dakwaan beliau mendalangi pemberian wang sogokan kepada dua wanita membabitkan pelakon lucah, Cik Stormy Daniels, serta bekas model Playboy, Cik Karen McDougal, sebelum pilihan raya Amerila  pada 2016 untuk menyekat penerbitan mengenai hubungan seksual mereka dengannya.


Ia adalah detik bersejarah yang menyaksikan Encik Trump muncul sebagai bekas presiden Amerika  pertama berdepan tuduhan jenayah di mahkamah.


Pendakwa raya menuduh Encik Trump memalsukan rekod perniagaan bagi menyembunyikan pelanggaran undang-undang pilihan raya ketika berkempen pada 2016.


Pendakwa raya, Encik Chris Conroy, berkata Encik Trump selaku defendan dituduh memalsukan rekod-rekod perniagaan di New York bagi menyembunyikan konspirasi haram untuk menjejaskan integriti Pilihan Raya Presiden 2016 serta pelanggaran undang-undang pilihan raya yang lain. – Reuters.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >