Trump dijangka beri arahan eksekutif percepat usir pendatang tanpa izin
Premium
Trump dijangka beri arahan eksekutif percepat usir pendatang tanpa izin
Feb 14, 2017 | 5:30 AM
TANGKAPAN PENDATANG TANPA IZIN DIPERGIAT: Seorang warga Republik Dominican yang dikehendaki atas tuduhan membunuh digiring pegawai keselamatan di New York sebelum dihantar pulang ke negara asal. Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah menahan beratus pendatang asing tanpa izin minggu lalu dalam satu operasi besar-besaran. - Foto AFP -
WASHINGTON: Mahkamah mungkin telah menolak menguatkuasakan semula arahan eksekutif Presiden Donald Trump yang melarang kemasukan semula pelarian serta menyekat kedatangan pemegang pasport tujuh negara majoriti Islam, namun Encik Trump kini merancang tindakan baru bagi memastikan keselamatan Amerika.
Rumah Putih semalam mengesahkan rancangan Presiden Trump mengeluarkan arahan eksekutif baru bagi mempercepat pengusiran pendatang tanpa izin.

