Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump hadapi 34 tuduhan jenayah palsukan rekod niaga

Apr 06, 2023 | 05:30 AM



NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah di Manhattan pada Selasa (waktu tempatan) atas 34 tuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan.



Ia berkait dakwaan beliau mendalangi pemberian wang sogokan kepada dua wanita membabitkan pelakon lucah, Cik Stormy Daniels, serta bekas model Playboy, Cik Karen McDougal, sebelum pilihan raya Amerika pada 2016 untuk menyekat penerbitan mengenai hubungan seksual mereka dengannya.



Ia adalah detik bersejarah yang menyaksikan Encik Trump muncul sebagai bekas Presiden Amerika pertama berdepan tuduhan jenayah di mahkamah.



Pendakwa raya menuduh Encik Trump memalsukan rekod perniagaan bagi menyembunyikan pelanggaran undang-undang pilihan raya ketika berkempen pada 2016.



"Mengaku tidak bersalah," kata Encik Trump, 76 tahun, yang hadir ke mahkamah dengan memakai sut berwarna biru gelap dan tali leher merah.



Beliau yang juga pendahulu dalam pemilihan calon parti Republikan bagi pilihan raya 2024, menjawab 'Ya' apabila hakim bertanya sama ada beliau memahami mengenai haknya.



Pendakwa raya, Encik Chris Conroy, berkata Encik Trump selaku defendan dituduh memalsukan rekod-rekod perniagaan di New York bagi menyembunyikan konspirasi haram untuk menjejaskan integriti Pilihan Raya Presiden 2016 serta pelanggaran undang-undang pilihan raya yang lain.



Walaupun memalsukan rekod perniagaan di New York adalah salah laku yang boleh dihukum penjara tidak lebih setahun, ia menjadi tuduhan jenayah yang boleh dihukum penjara hingga empat tahun apabila dilakukan untuk tujuan pelaksanaan atau penyembunyian jenayah lain seperti pelanggaran undang-undang pilihan raya.



Pada prosiding itu, pendakwa raya memberitahu mahkamah bahawa Encik Trump membuat beberapa siri hantaran dalam media sosial, termasuk satu yang dikatakan berbaur ancaman 'kematian dan kemusnahan' sekiranya beliau didakwa.



Justeru, hakim meminta pihak-pihak terbabit supaya "menahan diri daripada membuat kenyataan yang berkemungkinan menghasut keganasan atau pergolakan awam".



Hakim Juan Merchan kemudian menetapkan tarikh 4 Disember untuk pendengaran seterusnya.



Encik Trump tiada memberi sebarang kenyataan ketika memasuki mahkamah atau semasa beredar kira-kira sejam kemudian.



Terdahulu pada hari yang sama, beliau dalam hantaran melalui media sosial memaklumkan beliau dalam perjalanan ke mahkamah di Manhattan, selain mendakwa "nampaknya mereka akan menangkap saya".



Encik Trump turut berdepan siasatan jenayah berasingan oleh pendakwa raya daerah di Georgia mengenai sama ada beliau secara tidak sah cuba menterbalikkan keputusan kekalahannya pada pilihan raya 2020 di negeri itu.



Beliau juga menghadapi dua siasatan Jabatan Kehakiman Amerika yang diketuai peguam khas, berhubung dakwaan cubaan mahu membatalkan keputusan pilihan raya 2020 dan pengendalian dokumen sulit selepas meninggalkan Rumah Putih. - Reuters.




"Saya tidak pernah menyangka perkara seperti ini boleh berlaku di Amerika.

Satu-satunya jenayah yang saya lakukan ialah mempertahankan negara kita tanpa rasa takut daripada mereka yang cuba memusnahkannya."

- Encik Donald Trump.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >