Topik diikuti
Pergi ke BHkuTrump ikrar 'gantung imigresen' negara yang dikait dengan pengganas

ENCIK DONALD TRUMP: Berpendirian Amerika tidak boleh membenarkan ribuan orang terus masuk ke negara itu, yang kebanyakannya mempunyai pemikiran yang sama dengan pembunuh ganas di kelab malam di Orlando, Florida. - Foto AFP
Jun 15, 2016 | 5:30 AM
Trump ikrar 'gantung imigresen' negara yang dikait dengan pengganas
MANCHESTER: Bakal calon Presiden Parti Republikan, Encik Donald Trump, berikrar "menggantung imigresen" bagi negara yang dikaitkan dengan pengganas yang menjadikan Amerika Syarikat dan sekutunya sebagai sasaran.
"Apabila saya dipilih, saya akan menggantung imigresen dari kawasan di dunia yang terdapat sejarah yang terbuki melakukan keganasan terhadap Amerika Syarikat, Eropah atau sekutu kita, sehingga kita memahami sepenuhnya bagaimana menamatkan ancaman ini," kata Encik Trump sewaktu berucap mengenai keselamatan nasional di Manchester, New Hampshire.