Topic followed successfully
Go to BHkuTrump: Iran bukan lagi ancaman besar
Trump: Iran bukan lagi ancaman besar
Mahu bawa Iran ‘kembali ke zaman batu’ jika syarat tidak dipenuhi
Apr 2, 2026 | 11:21 AM
Trump: Iran bukan lagi ancaman besar
Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, menyampaikan ucapan kepada negara mengenai perang Iran di Rumah Putih, Washington, D.C., pada 1 April. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, menyatakan bahawa operasi ketenteraan Washington terhadap Iran hampir mencapai matlamat utama dan konflik itu dijangka berakhir dalam masa terdekat.
Dalam ucapan televisyen kepada negara, Encik Trump berkata tentera Amerika telah memusnahkan keupayaan utama Iran, termasuk tentera laut, tentera udara serta program peluru berpandu balistik dan nuklear.
Laporan berkaitan
Trump: AS akan tamatkan operasi di Iran dalam dua hingga tiga mingguApr 1, 2026 | 12:23 PM
Trump mahu ‘ambil alih minyak Iran’, rampas hab eksport Mar 30, 2026 | 3:06 PM

