Trump: Ketua ISIS Baghdadi terbunuh dalam serangan Amerika
Premium
Trump: Ketua ISIS Baghdadi terbunuh dalam serangan Amerika
Oct 28, 2019 | 5:30 AM
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, lewat malam tadi mengesahkan kematian ketua kumpulan pengganas ISIS, Abu Bakr al-Baghdadi, dalam satu operasi tentera Amerika di kawasan barat laut Syria.
Dalam "kenyataan besar" yang dinanti-nantikan, Encik Trump berkata keputusan daripada ujian yang dijalankan selepas serangan itu mengesahkan bahawa yang terkorban adalah Baghdadi yang meledakkan jaket bunuh dirinya.

