PRESIDEN Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, yang jelas bimbang kerana ketinggalan di belakang lawannya daripada parti Demokrat, Encik Joe Biden, dalam tinjauan pemilihan pengundi, mula melakukan kempen agresif sempena pilihan raya presiden negara itu pada 3 November depan.
Dalam rapat kempennya Sabtu lalu di Tulsa, Oklahoma - negeri di bawah kuasa Republik - beliau mengetengahkan isu undang-undang, berikrar akan mendorong pemulihan ekonomi dan mengecam China kerana wabak koronavirus.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg