Trump menang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump menang

Nov 9, 2016 | 3:41 PM

Trump menang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
75e5ea19-5b52-45d6-af53-538d3cd5cd56
- Reuters

NEW YORK: Calon Republikan, Encik Donald Trump melakukan kejutan paling hebat dalam sejarah politik Amerika Syarikat apabila hartawan berusia 70 tahun itu memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika sebentar tadi.

Beliau mengalahkan calon Demokrat, Cik Hillary Clinton, untuk berhak memimpin pentadbiran Rumah Putih.

Sehingga laporan ini disiarkan Encik Trump mendapat 290 undi perwakilan berbanding Cik Clinton yang yang menerima 218 undi perwakilan.

Calon yang meraih majoriti daripada 538 undi perwakilan atau 270 daripadanya akan menjadi presiden.

Kemenangan Encik Trump itu sekaligus menolak selama ini tinjauan pendapat dan unjuran pilihan raya yang memihak kepada Cik Clinton.

Encik Trump bermula sebagai "underdog" tetapi pengundi Amerika telah memilih beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 45.

Kelebihan Cik Clinton di kalangan golongan minoriti dan juga golongan wanita kelihatan dibayangi tarikan Encik Trump yang memperjuangkan pengundi berkulit putih kelas pekerja.

Encik Trump memenangi negeri-negeri 'penentu' - Florida, Ohio, North Carolina, Iowa dan Pennsylvania, yang disifatkan sebagai kubu kuat parti Demokrat.

Encik Trump juga mendahului Cik Clinton di Wisconsin, Michigan dan New Hampshire - semua negeri yang dahulu condong kepada calon Demokrat dan pada awalnya merupakan "deposit selamat" bagi Clinton.

Cik Clinton pula memenangi beberapa negeri seperti California, Hawaii, Illinois, Rhode Island, New Jersey, Massachusetts, Daerah Columbia, Maryland, Vermont, Delaware dan New York - semuanya merupakan kubu kuat Demokrat.

Penyokong Encik Trump di Hotel Hilton meraikan setiap keputusan, sementara penyokong Cik Clinton di Pusat Konvensyen Javits kelihatan tegang dan menitiskan air mata.

Para pegawai pemerintah melaporkan bilangan pengundi telah melonjak, dan orang ramai terpaksa beratur panjang di pusat-pusat pengundian. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg