Topik diikuti
Pergi ke BHkuTrump nafi Russia miliki maklumat peribadinya
Jan 12, 2017 | 5:30 AM
Trump nafi Russia miliki maklumat peribadinya
WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, menafikan dakwaan mengejutkan bahawa Russia memiliki maklumat peribadi dan kewangan mengenai dirinya, sambil berkata laporan media mengenai dakwaan itu sebagai "pemburuan politik"
CNN sebelum ini melaporkan bahawa dokumen rahsia, yang diserahkan kepada Encik Trump minggu lalu, turut mengandungi dakwaan mengenai ejen Russia yang mendakwa bahawa mereka mempunyai maklumat peribadi mengenai Encik Trump.