Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump pecat peguam negara kerana enggan kuat kuasa arahan berkaitan imigresen

Jan 31, 2017 | 11:06 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, memecat peguam terkemuka pemerintah persekutuan, Cik Sally Yates, pada Isnin (30 Jan) selepas beliau mengambil langkah luar biasa yang jarang berlaku mengingkari Rumah Putih, dengan berkata Jabatan Kehakiman tidak akan melaksana sekatan perjalanan baru Encik Trump yang menyasarkan tujuh negara majoriti Muslim.



Rumah Putih berkata di Twitter bahawa Cik Dana Boente, Peguam Amerika bagi Daerah Timur Virginia, akan menggantikan Cik Yates sebagai pemangku peguam negara.



Cik Yates seorang pegawai yang dilantik mantan presiden Demokrat, Encik Barack Obama.



Dalam satu memo, Cik Yates - yang berkhidmat sebagai pegawai nombor dua agensi itu di bawah Encik Barack Obama dan sedang berkhidmat sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang tertinggi di negara ini sehingga calon baru Encik Trump disahkan - berkata beliau meragui kesahihan dan norma kesusilaan arahan eksekutif presiden itu.



"Tanggungjawab saya ialah memastikan pendirian Jabatan Keadilan bukan sahaja boleh dipertahan dari segi undang-undang, bahkan berlandaskan pandangan terbaik kami mengenai undang-undang berkaitan setelah menimbangkan semua fakta," tulis Cik Yates dalam memo yang diedar secara meluas kepada media Amerika.



"Pada masa ini, saya tidak yakin pembelaan arahan eksekutif itu selaras dengan tanggungjawab ini mahupun yakin arahan eksekutif itu sah." katanya.



"Oleh itu, selagi saya menjadi pemangku peguam negara, Jabatan Kehakiman tidak akan mengemukakan hujah bagi mempertahan arahan eksekutif itu, melainkan jika dan sehingga saya yakin adalah wajar untuk berbuat demikian."



Arahan eksekutif yang ditandatangani Jumaat (27 Jan) itu menggantung kemasukan semua pendatang selama sekurang-kurangnya 120 hari, selama-alanya bagi pelarian Syria, dan 90 hari bagi rakyat dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.



Sejak itu, beberapa hakim persekutuan telah memfailkan penangguhkan sementara arahan tersebut.



Namun, tindakan Cik Yates sebahagian besarnya hanya simbolik kerana calon Encik Trump bagi jawatan peguam negara, Encik Jeff Sesyen, mungkin disahkan tidak lama lagi.



Ahad lalu, peguam negara dari 16 negeri Amerika, termasuk California dan New York, mengutuk arahan Encik Trump itu sebagai "tidak mengikut perlembagaan" dan berikrar akan menentangnya. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >