Topik diikuti
Pergi ke BHkuTrump, pengasas Alibaba bincang usaha bantu peniaga kecil AS
Jan 11, 2017 | 5:30 AM
Trump, pengasas Alibaba bincang usaha bantu peniaga kecil AS
NEW YORK: Pengerusi Eksekutif Alibaba, Encik Jack Ma, semalam bertemu Presiden dilantik, Encik Donald Trump, dan membentangkan pelan baru syarikat e-dagang China itu membawa sejuta perniagaan kecil Amerika Syarikat ke platform perniagaan dalam taliannya.
Jurucakap Alibaba berkata usaha itu bagi membolehkan produk perniagaan kecil Amerika dijual kepada pengguna China dan Asia.