Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump rasmi calon presiden Republikan, ikrar 'usaha hingga akhirnya'

Jul 20, 2016 | 11:29 AM
Konvensyen kebangsaan Republikan mengesahkan Encik Donald Trump sebagai calon presiden parti itu bagi pilihan raya pada November.
Konvensyen kebangsaan Republikan mengesahkan Encik Donald Trump sebagai calon presiden parti itu bagi pilihan raya pada November. - AFP

CLEVELAND (Ohio): Encik Donald Trump berikrar akan "berusaha hingga akhirnya" untuk memenangi jawatan presiden Amerika Syarkat pada November, selepas parti Republikan secara rasmi mengesahkan beliau sebagai calon mereka pada Selasa (19 Jul) malam (pagi Rabu waktu Singapura).

"Ini adalah sebuah gerakan. Tetapi kita perlu berusaha hingga akhirnya. Saya amat berbangga menjadi calon anda bagi presiden Amerika Syarikat," katanya kepada perwakilan di Konvensyen Kebangsaan Republikan melalui video.

Jutawan berusia 70 tahun itu juga berkata memenangi pencalonan Republikan adalah sesuatu yang dia tidak akan lupa.

"Kita akan menang jawatan presiden dan membawa perubahan sebenar dan kepimpinan kembali ke Washington," ujar Encik Trump. "Kita akan menang pada November."

Undi pemutus pada Selasa - yang membolehkan Encik Trump melintasi jumlah 1,237 perwakilan yang diperlukan untuk sah menjadi calon Republikan - datang daripada negeri kelahirannya, New York.

Selepas itu, konvensyen tersebut melalui undi suara mencalonkan Gabenor Indiana, Encik Mike Pence, 57 tahun, sebagai calon naib presiden Encik Trump.

Pengundian pada hari 2 konvensyen kebangsaan Republikan itu berjalan lancar, tanpa pemberontakan yang ditunjukkan pada hari pertama. Ancaman memulaukan pengundian itu tidak menjadi kenyataan.

Encik Trump menewaskan 16 pesaing untuk merangkul pencalonan Republikan dalam kempen yang berciri kontroversi berkaitan retorik beliau mengenai umat Islam, kaum Hispanik, pendatang tanpa izin dan perdagangan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg