Trump rebut lima negeri timur laut, Clinton menang empat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump rebut lima negeri timur laut, Clinton menang empat

Apr 27, 2016 | 9:36 AM

Trump rebut lima negeri timur laut, Clinton menang empat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Encik Donald Trump dan Cik Hillary Clinton bercakap semasa perhimpunan kempen mereka di Philadelphia.
Encik Donald Trump dan Cik Hillary Clinton bercakap semasa perhimpunan kempen mereka di Philadelphia. - REUTERS

WASHINGTON: Jutawan Donald Trump menang di semua lima negeri timur laut Amerika Syarikat yang mengadakan pemilihan pendahuluan presiden pada Selasa (26 April) - memacu beliau semakin hampir mendapat pencalonan parti Republikan bagi pilihan raya presiden.

Encik Trump mengalahkan pesaing beliau, Encik Ted Cruz dan Encik John Kasich, di Connecticut, Delaware, Maryland, Pennsylvania dan Rhode Island.

Kejayaan Encik Trump melebarkan jurang beliau dengan pesaingnya dalam perlumbaan sangat penting untuk memenangi perwakilan yang secara rasmi akan memilih calon Republikan semasa konvensyen parti pada Julai.

Pendahulu dalam persaingan pencalonan parti Demokratik, Cik Hillary Clinton, juga mencapai kemajuan baik, dengan diunjurkan menang di Delaware, Maryland, Connecticut dan Pennsylvania.

Cik Clinton menafikan pesaing terdekatnya, Encik Bernie Sanders, yang mengikut unjuran menang di Rhode Island.

Kejayaan Cik Clinton menolak Encik Sanders ke ambang kekalahan dan mengangkat dirinya ke puncak pencalonan bersejarah.

Seperti Encik Trump, Cik Clinton diramal memenangi semua lima pemilihan pendahuluan itu. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg