Topik diikuti
Pergi ke BHkuTrump rombak pasukan peralihan
Premium
Trump rombak pasukan peralihan
Nov 17, 2016 | 5:30 AM
Trump rombak pasukan peralihan
PEMILIHAN PASUKAN PENTADBIRAN BARU: Encik Trump (kiri) sedang menimbangkan untuk mencalonkan Senator Texas, Encik Ted Cruz (kanan) sebagai Peguam Negara Amerika. Gambar ini diambil semasa perbahasan calon Presiden parti Republikan pada 10 Mac lalu. - Foto REUTERS -
NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat yang dipilih, Encik Donald Trump, telah merombak lagi pasukan peralihannya, dengan mengetepikan seorang pakar keselamatan nasional dan pelobi daripada golongan dalamannya sedang beliau semakin hampir memilih dua penyokong setia Wall Street bagi jawatan penting ekonomi.
"Proses yang begitu teratur sedang saya memutuskan barisan Kabinet dan pelbagai jawatan lain," kata Encik Trump menerusi Twitter selepas membawa keluarga untuk makan malam di 21 Club, sebuah restoran Manhattan.
