Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump saman jawatankuasa Kongres yang siasat rusuhan di Capitol

Oct 20, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, telah memfailkan tuntutan saman kelmarin ke atas jawatankuasa kongres Amerika yang menyiasat serangan maut berlaku pada 6 Januari tahun ini di Capitol, mendakwa ia membuat permintaan berlebihan, tidak berasas dan melanggari undang-undang bagi rekodnya di Rumah Putih.



Encik Trump mendakwa saman yang dikemukakan di Mahkamah Daerah AS bagi District of Columbia bahawa bahan yang diminta oleh Jawatankuasa Pilihan dilindungi oleh doktrin yang sah dikenali sebagai keistimewaan eksekutif, yang melindungi kerahsiaan beberapa komunikasi antara pegawai Rumah Putih.



"Permintaan jawatankuasa ini tidak pernah dilakukan sebelum ini menurut bidang kuasanya dan tidak diperlukan dalam apa jua tujuan perundangan yang sah," tulis peguam Encik Trump, Encik Jesse Binnall, dalam tuntutan saman itu.



Ramai pakar undang-undang telah menyatakan Encik Trump sebagai mantan presiden, tidak boleh secara undang-undang menggunakan keistimewaan eksekutif untuk mengadang sepina yang dikeluarkan oleh jawatankuasa Dewan.



Segerombolan penyokong Encik Trump telah merempuh masuk Dewan Kongres pada 6 Januari lalu dalam usaha gagal mereka untuk menghalang penggubal undang-undang dari mengesahkan kejayaan pilihan raya Presiden yang dimenangi Encik Joe Biden.



Lebih 600 orang kini menghadapi pertuduhan jenayah akibat daripada kejadian itu.



Encik Trump telah berdepan pendakwaan di Dewan Kongres yang dipimpin Parti Demokrat, atas tuduhan mengapi-apikan serangan ke atas Capitol menerusi ucapan berapi-api di satu rapat umum pada awal hari itu.



Beliau telah dibebaskan oleh Senat.



Awal bulan ini, Encik Biden membenarkan Arkib Negara, agensi pemerintah yang menjaga rekod dari masa Encik Trump menjawat jawatan Presiden, menyerahkan selonggok pertama dokumen yang diminta oleh Jawatankuasa Pilihan.



Arkib Negara berkata ia akan menyerahkan dokumen yang diminta kepada Kongres bulan depan, menurut saman Encik Trump, yang meminta injunksi bagi menghentikan proses tersebut.



Encik Michael Stern, mantan peguam kongresional, berkata strategi Encik Trump mungkin digunakan untuk melambatkan kerja-kerja jawatankuasa pilihan.



"Jika beliau bersedia membayar peguam, Encik Trump boleh melambatkan pengeluaran rekod buat seketika," kata Encik Stern.



Jawatankuasa 6 Januari itu juga telah mengeluarkan sepina menghendaki keterangan dari penasihat Encik Trump, termasuk strategis politik, Encik Steve Bannon.



Encik Bannon enggan memberi keterangan sehingga Encik Trump memberi penekanan tentang keistimewaan eksekutif yang harus dihuraikan oleh pihak mahkamah atau menerusi rundingan dengan pihak jawatankuasa.



Jawatankuasa telah mengemukakan sepina ke atas pegawai lain termasuk mantan pegawai Jabatan Keadilan, Encik Jeffrey Clark, bekas ketua pegawai Encik Mark Meadows, timbalan ketua pegawai, Encik Dan Scavino dan bekas pegawai Jabatan Pertahanan, Encik Kash Patel. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >