Topik diikuti
Pergi ke BHkuTrump sedia jual senjata berbilion dolar kepada Korea Selatan

Sep 6, 2017 | 5:30 AM
Trump sedia jual senjata berbilion dolar kepada Korea Selatan
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, memberitahu rakan sejawatannya dari Korea Selatan bahawa Washington bersedia meluluskan penjualan senjata bernilai "berbilion dolar" kepada Seoul, berikutan ujian nuklear keenam Korea Utara.
Presiden Trump "memberi kelulusan konseptual bagi pembelian berbilion dolar" senjata dan peralatan tentera dari Amerika Syarikat oleh Korea Selatan, kata Rumah Putih tanpa menyediakan sembarang perincian mengenai kontrak baru.