Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Trump sedia runding lagi dengan Kim Jong Un

Jan 4, 2019 | 5:30 AM
BINCANG ISU KESELAMATAN: Presiden Donald Trump (tengah) bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat Kabinet. Kiri ialah Pemangku Setiausaha Dalam Negeri, Encik David Bernhardt dan kanan Pemangku Setiausaha Pertahanan, Encik Patrick Shanahan. - Foto EPA-EFE
BINCANG ISU KESELAMATAN: Presiden Donald Trump (tengah) bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat Kabinet. Kiri ialah Pemangku Setiausaha Dalam Negeri, Encik David Bernhardt dan kanan Pemangku Setiausaha Pertahanan, Encik Patrick Shanahan. - Foto EPA-EFE -

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata kelmarin bahawa beliau telah menerima sepucuk "surat hebat" daripada Encik Kim Jong Un, selepas pemimpin Korea Utara itu memberi amaran bahawa Pyongyang mungkin mengubah pendekatannya dalam rundingan nuklear jika Washington terus mengenakan sekatan.

"Saya baru mendapat surat hebat daripada Kim Jong Un," kata Encik Trump kepada satu mesyuarat Kabinet, sambil mengulangi bahawa beliau masih menjangka akan mengadakan sidang puncak kedua bersama pemimpin Korea Utara itu, selepas mereka menandatangani ikrar mengenai penghapusan senjata nuklear di Semenanjung Korea semasa sidang puncak bersejarah mereka di Singapura Jun tahun lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg