Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump: Sidang puncak Amerika-Korea Utara di S'pura akan diadakan seperti dirancang

Perbincangan dengan wakil tinggi Korea Utara di Rumah Putih turut menyentuh tentang jumlah askar Amerika di Semenanjung Korea, kata Encik Trump.
Jun 02, 2018 | 02:00 PM



 



 



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada (1 Jun) bahawa sidang puncak bersama presiden Korea Utara Kim Jong Un akan diadakan di Singapura pada 12 Jun seperti yang dirancang.



Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan rundingan luar biasa dengan  wakil tinggi dari Pyongyang.



Encik Trump muncul dari mesyuarat lebih sejam dengan Encik Kim Yong Chol - jeneral yang berdepan dengan tindakan undang-undang Amerika dan dianggap sebagai orang kuat Encik Kim - dan berkata sidang puncak akan diadakan seperti yang dirancang.



Menurut Encik Trump, walau beliau akur berurusan dengan Korea Utara adalah satu proses panjang, beliau menekankan bahawa beliau yakin proses ini akan berakhir dengan kejayaan.



Encik Trump berkata surat yang ditulis Encik Kim dan dikirimkan kepadanya menerusi Encik Kim Yong Chol adalah ‘begitu baik’ dan ‘amat menarik’ , walau beliau juga berkata beliau belum membuka dan surat itu.



Namun, Presiden Amerika menguntum kata-kata mesra kepada Pyongyang, dan berkata perbincangan panjang yang diadakan menyentuh tentang pembangunan ekonomi dan penghapusan kuasa nuklear Korea Utara.



Namun menjawab soalan media di Dialog Shangri-La pada 2 Jun, Setiausaha Pertahanan Amerika James Mattis berkata perbincangan tentang jumlah askar Amerika di Korea Selatan tidak akan dibincangkan atau dijadual untuk dibincangkan di sidang puncak 12 Jun di Singapura.



Menurut Encik Trump, kempen ‘tekanan maksimum’ yang dikenakan ke atas Korea Utara kini digantung dan berikar tidak akan mengenakan sekatan baru selagi perbincangan sedang berlangsung.



“Hubungan sedang dipupuk dan ia adalah amat positif,” kata Encik Trump yang menambah bahawa beliau dan tetamunya turut berbincang dengan jumlah askar Amerika di semenanjung Korea, perbuatan yang pasti mencetus kebimbangan dalam kalangan negara pakatan Amerika seperti Jepun dan Korea Selatan.



 [embed]https://twitter.com/WhiteHouse/status/1002633696086593536[/embed]



Lewat bulan lalu, dengan memberi sebab bahawa Korea utara bersikap amat marah dan bermusuhan secara terbuka kepada Amerika, Encik Trump telah membatalkan sidang puncak ini.



Dalam pada itu, Encik Trump kini tampak seperti merendahkan jangkaan bagi kesudahan sidang puncak bersejarah ini, dan kerap menyifatkannya sebagai permulaan proses dan bukan tempatnya untuk kededua pemimpin menandatangani sebarang perjanjian.



Menurut Encik Trump, beberapa sidang puncak mungkin diperlukan sebelum berbuat demikian.



Kata-kata Encik Trump itu mewakili pendekatan Amerika yang kian berubah sejak tahun lalu, apabila beliau mengancam untuk mencetus ‘hujan api dan kemarahan’ di Korea Utara kerana ia mengancam Amerika dengan peluru berpandu jarak jauh dan senjata nuklear.



Namun, selepas bertukar ancaman dan cemuhan sejak Encik Trump menjadi presiden lewat tahun lalu, Amerika dan Korea Utara sedang berusaha mengadakan sidang puncak antara kededua pemimpin masing-masing.



Encik Trump juga bertujuan menggunakan mesyuarat itu untuk mengenakan tekanan ke atas Pyongyang untuk menyerahkan senjata nuklear.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >