Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump tegas mahu bina tembok di sempadan dengan Mexico, usir pendatang haram

Sep 01, 2016 | 12:23 PM



PHOENIX: Dalam ucapan yang memperincikan dasarnya mengenai pendatang haran, calon presiden Republikan, Encik Donald Trump, menegaskan beliau akan membina sebuah tembok di sempadan Amerika Syarikat-Mexico untuk mencegah pendatang haram dan mewujudkan satu pasukan petugas yang akan memburu pendatang haram agar meninggalkan Amerika.



"Kami akan membina satu tembok besar di sepanjang sempadan selatan!" Encik Trump memberitahu orang ramai yang bersorak di Phoenix. "Dan Mexico akan membayar kos tembok itu, saya percaya," katanya. "Seratus peratus!"



Dalam ucapan pada Rabu malam (pagi Khamis waktu Singapura) yang berusaha menjelaskan dasar imigresen kontroversial beliau, Encik Trump berkata Amerika mempunyai hak sebagai sebuah negara berdaulat untuk memilih pendatang yang difikirkannya paling berkemungkinan berkembang maju dan suka negara itu.



"Jutaan nyawa rakyat Amerika yang tidak bersalah telah dicuri kerana ahli politik gagal dalam tugas mereka menjamin sempadan kita dan menguatkuasakan undang-undang kita sebagaimana ia harus dikuatkuasakan!" katanya. "Begitu banyak, ramai orang. Sangat sedih."



Pembinaan tembok di sepanjang sempadan dengan Mexico antara 10 langkah yang digariskan Encik Trump dalam ucapannya untuk menangani masalah pendatang haram.



Satu lagi langkah yang beliau cadangkan ialah mewujudkan satu pasukan petugas pengusiran untuk menguruskan 11 juta pendatang haram di Amerika.



"Sesiapa yang telah memasuki Amerika secara haram tertakluk pada pengusiran pulang - inilah apa yang dimaksudkan dengan mempunyai undang-undang dan mempunyai sebuah negara," katanya.



"Saya akan mewujudkan sebuah pasukan petugas pengusiran khas yang baru untuk memberi tumpuan dalam mengenal pasti dan segera mengeluarkan pendatang haram paling berbahaya di Amerika, yang telah mengelak pengadilan, sebagaimana Hillary Clinton mengelak pengadilan."



"Mungkin mereka akan dapat mengusir dia!" katanya, yang disambut dengan sorakan kuat.



Jutawan itu juga mencadangkan satu proses saringan "ekstrem" bagi negara seperti Syria dan Libya.



"Pemohon akan ditanya mengenai pandangan mereka tentang pembunuhan maruah, menghormati wanita dan gay dan kaum minoriti lain," katanya. "Sangat, sangat sedikit akan melepasinya - mudah-mudahan tidak ada."



"Saya memanggilnya saringan ekstrem! saringan ekstrem! Saya mahu melampau! Ia akan menjadi begitu sukar," katanya.



Langkah lain termasuk operasi bagi mengeluarkan semua pendatang yang menjadi penjenayah dan menamatkan pengampunan bagi kira-kira lima juta pendatang haram.



Ucapan Encik Trump dibuat hanya beberapa jam selepas beliau melawat Mexico untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Enrique Pena Nieto.



Encik Trump berkata mereka tidak membincangkan siapa akan membayar kos pembinaan tembok itu, walaupun beliau telah lama berjanji akan memaksa Mexico membayarnya.



Beliau dan Encik Peña Nieto mengelakkan konfrontasi langsung di depan kamera, dengan melahirkan perbezaan mereka mengenai imigresen, keselamatan sempadan dan perdagangan dalam nada mesra.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >