Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump tiba di New York, serah diri bagi jalani proses bicara

Apr 05, 2023 | 05:30 AM



NEW YORK/PALM BEACH, FLORIDA: Mantan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, tiba di New York City dengan menaiki pesawat peribadi pada pagi Isnin untuk berdepan tuduhan di mahkamah berhubung wang yang diserahkan secara rahsia kepada seorang bintang pornografi.



Wang tersebut dikatakan untuk 'menutup' mulut wanita tersebut daripada mendedahkan kisah hubungan seks mereka semasa Encik Trump berkempen untuk menjadi presiden negara itu.



Pada masa sama, peguam bekas presiden itu pula sibuk membantah keputusan untuk membenarkan media merakamkan perbicaraan.



Kehadiran Encik Trump untuk menghadap tuduhan di mahkamah itu telah memaksa pihak berkuasa di New York untuk meningkatkan tahap berjaga-jaga di bandar tersebut, dengan Mayor New York mengeluarkan amaran agar orang ramai tidak mencetuskan masalah keselamatan.



"Jaga kelakuan anda, bandar ini bukan taman permainan untuk anda melepaskan kemarahan yang tidak bertempat," ujar Encik Eric Leroy Adams.



Pada Selasa, Encik Trump dijadual menyerahkan diri di Pejabat Peguam Daerah Manhattan untuk menjalani proses merakam cap jari dan dihadapkan ke mahkamah, di mana beliau dijangka mengaku tidak bersalah.



Tokoh politik parti Republican berusia 76 tahun itu, yang telah mengumumkan kemahuannya untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden 2024, merupakan bekas presiden Amerika pertama yang dikenakan tuduhan jenayah.



Menurut Reuters, Encik Trump turut berdepan 34 tuduhan memalsukan rekod perniagaan.



Encik Trump tiba di New York dan terus ke kediamannya di Trump Tower dengan memakai sut berwarna biru dan tali leher berwarna merah.



Beliau melambai kepada beberapa orang yang menunggu kehadirannya, namun tidak membuat sebarang kenyataan.



Beliau diwakili peguam jenayah terkemuka dan bekas pendakwa raya federal, Encik Todd Blanche, yang baru menyertai pasukan peguamnya.



Malah, Encik Blanche yang telah mengemukakan permintaan kepada mahkamah untuk melarang sebarang bentuk videografi, fotografi dan liputan radio.



Dalam surat kepada mahkamah, Encik Blanche berkata keizinan kepada liputan media sedemikian akan menjadikan prosiding mahkamah "ibarat sarkis" dan menjadi gangguan kepada "kemuliaan mahkamah".



Peguam Daerah Manhattan, Encik Alvin Bragg, berkata pejabatnya akan akur kepada keputusan hakim berkenaan permohonan tersebut, namun menarik perhatian Hakim sebelum ini telah membenarkan liputan media bagi perbicaraan kes jenayah berkaitan syarikat hartanah Encik Trump, yang didapati bersalah atas kesalahan mengelak cukai.



Juri Manhattan sebelum ini, yang mendapati terdapat cukup bukti untuk mengemukakan tuduhan ke atas Encik Trump, telah diberitahu bahawa mantan presiden itu telah membuat bayaran AS$130,000 ($173,000) kepada pelakon filem pornografi, Cik Stormy Daniels, semasa kempen presiden 2016.



Cik Daniels berkata wang tersebut ialah untuk menutup mulut beliau mengenai hubungan seks dengan Encik Trump di sebuah hotel di Lake Tahoe pada 2006.



Encik Trump menolak dakwaan tersebut. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >