Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump 'tidak benar-benar fikir' Obama intip telefon beliau: Sean Spicer

Mar 14, 2017 | 9:14 AM
Jurucakap Rumah Putih, Encik Sean Spicer, semasa taklimat di Rumah Putih pada 13 Mac 2017.
Jurucakap Rumah Putih, Encik Sean Spicer, semasa taklimat di Rumah Putih pada 13 Mac 2017. - GAMBAR REUTERS

WASHINGTON: Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Encik Sean Spicer, cuba pada Isnin (13 Mac) menjelaskan tuduhan Presiden Donald Trump bahawa mantan presiden Barack Obama mengarahkan perbualan telefonnya diintip di Menara Trump semasa pilihan raya presiden tahun lalu.

"Beliau tidak benar-benar fikir bahawa presiden pergi dan memasang [SST] pengesan suara[/SST] pada telefon beliau secara peribadi," kata Encik Spicer kepada pemberita ketika menjawab soalan mengenai tuduhan Encik Trump yang menggemparkan itu pada 4 Mac.

"Saya rasa tidak ada pertikaian bahawa pentadbiran Obama, bahawa ada tindakan mengenai pengawasan dan kegiatan lain yang berlaku dalam pilihan raya 2016.

"Presiden menggunakan perkataan pengesan suara dalam tukilan untuk bermaksud, secara meluas, pengawasan dan lain-lain."

Encik Trump, tanpa memberi sembarang bukti, melemparkan tuduhan terhadap Encik Obama dalam satu siri tweet, sambil melabelkan pemimpin terdahulu itu sebagai lelaki "buruk" atau "sakit".

Jurucakap Encik Obama menolak tuduhan tersebut sebagai "palsu semata-mata".

Sebelum ini, Encik Spicer, ujar CNN, berkata tweet Encik Trump minggu lalu jelas dengan sendirinya dan beliau enggan menjelaskannya dengan lebih lanjut.

Sementara itu, Jabatan Kehakiman Amerika pada Isnin meminta lebih banyak masa untuk respon terhadap penggubal undang-undang dalam Jawatankuasa Perisikan Dewan Rakyat yang meminta bukti bagi tuduhan Encik Trump.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg