Topik diikuti
Pergi ke BHkuTrump: Wanita gugur kandungan patut dihukum
Clinton, pembahas isu kritik keras kenyataan yang dianggap menghina
Trump: Wanita gugur kandungan patut dihukum
WASHINGTON: Calon presiden Republikan, Encik Donald Trump, sekali lagi menimbulkan kemarahan apabila berkata wanita yang menggugurkan kandungan perlu dihukum jika Amerika Syarikat melarang perbuatan tersebut.
Kenyataan itu mencetuskan kritikan keras daripada kedua-dua pihak yang terbabit dalam perbahasan mengenai pengguguran, termasuk pencabarnya dalam persaingan ke Rumah Putih.
