Topic followed successfully
Go to BHkuTrump, Xi akhiri sidang puncak dengan tumpuan kepada kestabilan
Trump, Xi akhiri sidang puncak dengan tumpuan kepada kestabilan
Dua pemimpin pamer hubungan mesra, Washington dakwa capai ‘perjanjian dagangan hebat’ dengan Beijing
May 15, 2026 | 3:16 PM
Trump, Xi akhiri sidang puncak dengan tumpuan kepada kestabilan
Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berjalan bersama Presiden China, Encik Xi Jinping, di kompleks kepimpinan Zhongnanhai di Beijing, pada 15 Mei. - Foto REUTERS
BEIJING: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dan Presiden China, Encik Xi Jinping, menekankan kepentingan kestabilan hubungan dua kuasa besar dunia itu ketika menamatkan sidang puncak berprofil tinggi di Beijing pada 15 Mei, walaupun tiada penyelesaian konkrit diumumkan berhubung isu perdagangan, Taiwan, perang Iran atau ketegangan geopolitik lain.
Pertemuan itu berlangsung di Zhongnanhai, kompleks kepimpinan tertutup Parti Komunis China di Beijing, dalam lawatan pertama presiden Amerika ke China dalam tempoh hampir sedekad.
Laporan berkaitan
Trump, Xi tekankan kerjasama, elak saingan dalam sidang kemuncak di BeijingMay 14, 2026 | 4:21 PM
Beijing sambut Trump dengan penuh penghormatan jelang pertemuan bersama XiMay 13, 2026 | 8:47 PM
