BEIJING: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dan Presiden China, Encik Xi Jinping, menampilkan nada mesra ketika memulakan sidang puncak penting di Beijing pada 14 Mei dengan kedua-dua pemimpin menegaskan kepentingan hubungan stabil antara dua kuasa besar dunia itu.

Encik Trump berkata Amerika dan China akan mempunyai “masa depan yang hebat bersama” sambil memuji hubungan peribadinya dengan Encik Xi.