Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Truss menang saingan bagi jawatan PM Britain yang baru

Sep 6, 2022 | 5:30 AM
Cik Liz Truss
Cik Liz Truss -

LONDON: Cik Liz Truss telah dinamakan sebagai Perdana Menteri Britain seterusnya, setelah memenangi saingan bagi kepimpinan Parti Konservatif.

Selepas saingan selama beberapa minggu yang disifatkan pengamat sebagai memecah-belah dan diselubungi suasana tegang, Cik Truss muncul sebagai calon pilihan anggota-anggota partinya, menewaskan mantan Menteri Kewangan, Encik Rishi Sunak.

Pengumuman tersebut membuka tirai peralihan kepimpinan daripada Encik Boris Johnson yang terpaksa mengundur diri Julai lalu setelah dibelenggu pelbagai kontroversi selama berbulan-bulan yang mengakibatkan sokongan bagi pentadbirannya terhakis.

Encik Johnson dijadual mengadakan pertemuan dengan Ratu Elizabeth di Scotland hari ini untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya secara rasmi.

Cik Truss akan menemani beliau dan pada masa yang sama, meminta keizinan untuk membentuk kerajaan baru.

Cik Truss telah mendahului perlumbaan untuk menggantikan Encik Johnson sepanjang proses mencari perdana menteri baru Britain. Beliau bakal menjadi perdana menteri keempat parti konservatif sejak pilihan raya 2015. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg