Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tsunami Indonesia: Hujan lebat halang usaha bantuan

Dec 26, 2018 | 03:34 PM



CARITA: Pada ulang tahun ke-14 gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi yang melanda Aceh hari ini (26 Disember), Indonesia sedang bangkit daripada kemusnahan disebabkan tsunami yang mengorbankan lebih 400 orang di Banten Sabtu lalu.



Kawasan perkampungan tepi pantai yang terjejas dek tsunami itu dibasahi hujan lebat selama berjam-jam pagi tadi.



Ini menimbulkan kebimbangan bahawa gunung berapi Anak Krakatau yang terus meletus boleh menyebabkan tsunami lagi.



Letusan gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda itu telah menyebabkan sebahagian kawah runtuh dan jatuh ke dalam laut sehingga menyebabkan ombak besar setinggi 3 meter Sabtu lalu.



Oleh itu apabila gunung berapi itu meletus lagi semalam, penduduk tempatan lari dari kawasan di tepi pantai untuk berteduh di kawasan lebih tinggi, lapor akhbar The Straits Times.



Menyusuli kejadian itu, ketua Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik (BMKG) Indonesia, Cik Dwikorita Karnawati, meminta penduduk di rantau sekitar Selat Sunda untuk terus berjaga-jaga.



“Ini bukan satu kecemasan tetapi... kami meminta agar orang ramai tidak berada sekitar 500 meter hingga 1 kilometer dari pantai,” katanya.



Hujan lebat hari ini juga menghalang usaha mencari dan menyelamat serta penghantaran bekalan bantuan ke kawasan kampung yang terpencil dan pusat perlindungan di kawasan terjejas.



Ketua pengurusan bencana Palang Merah Indonesia (PMI), Encik Arifin Hadi, berkata ramai penduduk yang mengalami patah tulang sementara rumah mereka musnah.



Tambahnya, mereka juga telah mengerahkan helikopter untuk menghantarkan bekalan bantuan ke kawasan di tepi pantai Jawa Barat dan Sumatera Selatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >