Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

'Tsunami' rakyat boleh bantu PN menang di Perlis: Muhyiddin

Nov 10, 2022 | 05:30 AM



KANGAR: Gelombang kebangkitan rakyat yang mahu menegakkan satu kerajaan baru diyakini mampu melonjakkan Perikatan Nasional (PN) sebagai satu kerajaan pilihan rakyat di Perlis dan juga seluruh negara.



Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata gelombang yang diharapkan itu dijangka mampu membawa 'tsunami' dalam menolak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) daripada mentadbir negara.



"Satu gelombang yang hebat menunjukkan petanda luar biasa bahawa rakyat Perlis sudah bersedia menyokong PN untuk menegakkan satu kerajaan baru di negeri ini dan kerajaan di peringkat Persekutuan.



"Gelombang ini akan terus menjadi gelombang yang lebih besar dan diharapkan pada 19 November akan berlaku satu 'tsunami' bagaimana yang berlaku pada 2018," katanya.



Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Majlis Jelajah PN Best di Taman Bukit Kubu, Kuala Perlis, di sini, malam kelmarin.



Sebelum ini, beliau menyatakan PN sedia melantik pemimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS) menjadi Menteri Besar di Perlis dan Pahang sekiranya gabungan itu berjaya menang di dua negeri berkenaan.



"Insya-Allah Perlis bakal jatuh ke tangan kita (PN) pada PRU15 kali ini dan jika ia berlaku maka wakil PAS akan jadi Menteri Besar di sana (Perlis dan Pahang).



"Di Pahang, Tuan Ibrahim (Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) bertanding di (kerusi) Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya di ceramah pada malam Isnin lalu.



Lebih 2,000 orang menghadiri program ceramah itu yang turut dihadiri Pengerusi PN Perlis yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis, Encik Mohd Shukri Ramli.



Tan Sri Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), turut mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berulang kali dalam siri ceramahnya mendakwa bekas Perdana Menteri itu gagal dalam menguruskan pandemik Covid-19.



"Selepas saya ambil alih pentadbiran negara, mesyuarat Kabinet kita pada 16 Mac. Kemudian di situ saya buat satu keputusan yang dikatakan luar biasa dan cukup penting untuk membendung penularan wabak Covid-19.



"Maka, Jemaah Menteri yang dipimpin oleh saya ketika itu memutuskan supaya kita kenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.



"Saya berusaha mencari jalan dan ikhtiar di mana pada waktu itu tiada ubat atau vaksin untuk diberikan kepada mereka yang dijangkiti supaya dapat diselamatkan.



"Ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang saya pikul sebagai Perdana Menteri di mana tanggungjawab itu tidak boleh saya abaikan kerana ia adalah satu perjuangan kerajaan PN yang akhirnya diiktiraf sebagai kerajaan yang berjaya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai antara negara yang terbaik untuk menguruskan pandemik Covid-19," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >